Sekolah
SEJARAH SEKOLAH
Latar belakang sekolah
Nama sekolah: Sekolah Kebangsaan Melayu Raya
Nama asal: Sekolah Rakyat Kampong Melayu Raya
Alamat: Kampung Melayu Raya, 85000 Segamat
Tarikh dibuka: 6 Januari 1957
Sekolah ini mengambil sempena Yang Berbahagia Dato’ Haji Ali bin Haji Raya, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor. Kampung ini mula dibuka pada 3 November 1952. Penduduknya terdiri daripada pekebun dan petani dari daerah Segamat dan juga dari daerah yang berhampiran, yang telah lama menetap di Segamat.
Ketua Kampung yang mula-mula dilantik ialah Encik Suratman bin Kasan. Pada masa itu bilangan penduduk adalah seramai 70 orang. Semasa di buka, sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan papan sahaja.
Guru Besar
1. Encik Mohamed bin Limat (1957-1958)
2. Encik Mahadi bin Hassan (1958-1960)
3. Encik Talib bin Omar (1960-1961)
4. Encik Muhammad bin Ithnin (1961-1963)
5. Encik Abdul Wahid bin Ahmad (1963-1968)
6. Encik Jantan bin Abdul Majid (1968-1969)
7. Encik Md.Yusof bin Othman (1969-1980)
8. Encik Said bin Bajuli (1980-1981)
9. Encik Mohd.Jazuli bin Salim (1981-1988)
10.Encik Mahat bin Kassim (1989-1995)
11.Encik Ab.Aziz bin Md.Yusof (1995-1999)
12.Encik Jamaludin bin Mahamud (1999-2005)
13.Pn.Hjh.Napsiah bt Tahir (2005-kini)
Bangunan sekolah
Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Berbahagia Encik Abdul Kadir bin Talib, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 Oktober 1974. Guru Besar yang bertugas waktu itu ialah Encik Md.Yusof bin Othman. Bangunan tambahan dua bilik darjah telah siap dibina pada tahun 2000.
Latarbelakang Ibu bapa/Penjaga murid
Kebanyakan penduduk kampung ini terdiri daripada para peneroka asal. Penduduk kampung ini bekerja sebagai buruh di ladang-ladang berhampiran dan juga kebun sendiri.
Murid yang belajar di sekolah ini datangnya dari Kampung Melayu Raya, Kampung Genuang Baru, Kampung Seri Dagang, Ladang New Pogoh, Ladang Chuan Moh San, Ladang Russel dan Ladang Labis Baru.
