Dulu pasukan kampung kini penyeri majlis (UTUSAN MALAYSIA)

Dulu pasukan kampung kini penyeri majlis

SEGAMAT 24 Julai – Bermula daripada sebuah pasukan kampung, Kelab Kompang Warisan Putra Muda terus mendaki kejayaan sehingga menjadi antara pasukan kompang ternama di negeri ini.

Pasukan itu bukan hanya sinonim dengan majlis-majlis perkahwinan malah ia turut menjadi penyeri bagi majlis-majlis rasmi yang melibatkan orang kenamaan termasuk Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor. [Baca seterusnya...]

Apa komen anda?

BERITA KKWPM DI UTUSAN MALAYSIA

Formasi kompang dikagumi

wj_01_1

SUSUNAN formasi pergerakan yang menarik daripada Kelab Kompang Warisan Putra Muda di Labis baru-baru ini.


SEGAMAT 24 Julai – Dengan gaya yang tidak ubah bagai pahlawan Melayu serta persembahan yang mengagumkan, Kelab Kompang Warisan Putra Muda sentiasa mencuri tumpuan dalam setiap majlis yang mereka sertai.

Pasukan yang ditubuhkan di Labis ini bukan sahaja mampu memberi pukulan kompang bertenaga sehingga menggegarkan majlis, mereka juga memberi sentuhan gerakan yang setanding dengan mana-mana pancaragam yang ada di negara ini.

Dengan penekanan yang begitu tinggi terhadap aspek disiplin, pasukan kompang itu berjaya mendapat penghargaan tertinggi apabila meraih johan bagi Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Kebangsaan pada tahun lalu. [Baca seterusnya...]

Apa komen anda?

KELAB KOMPANG WARISAN PUTRA MUDA SENIOR JOHAN NEGERI JOHOR 2009

Apa komen anda?

KELAB KOMPANG WARISAN MUDA junior JOHAN NEGERI JOHOR 2009

Apa komen anda?

ANUGERAH KELAB & PERSATUAN TERBAIK NEGERI JOHOR 2008

Gambar diambil bersama Tn. Hj. Markom, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor semasa penganugerahan Kelab Terbaik 2008 Peringkat Negeri Johor. Tahniah buat semua…

Comments (2)