Siapa kami
KELAB KOMPANG WARISAN PUTRA MUDA
Kelab Kompang Warisan Putra Muda adalah salah sebuah kelab yang diwujudkan di Persatuan Belia Bandar Putra sejak tahun 2005. Kelab ini bergerak aktif dengan keahlian seramai 50 orang. Bergerak dalam salah satu bidang seni , kelab ini mementingkan unsur-unsur disiplin, ketekunan, ketelitian, kreativiti, inovasi serta kemahiran-kemahiran khusus. Unsur-unsur ini amat penting dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap bagi meningkatkan amalan berkerjasama, berpakat, tolong-menolong, percaya mempercayai antara satu sama lain, bersikap toleran dan sifat sayang menyanyangi serta hormat menghormati. Aktiviti seumpama ini akan dapat melahirkan generasi yang berketrampilan, berdisplin, bersefahaman, serta memperkukuhkan kualiti diri pelajar serta sahsiah mereka dan akhirnya akan melahirkan generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Dengan berslogankan “SENI BERZAMAN MUZIK BERWAWASAN” kelab ini akan sentiasa meluaskan pengaruh serta menyemaikan minat seni tradisi ini kepada para pelajar dan juga belia. Terdapat dua kelab yang bergabung dengan kelab ini iaitu Kelab Kompang Warisan Muda daripada SK Melayu Raya dan juga Kelab Kompang Warisan Putra daripada SMK Bandar Putra. Kelab Kompang Warisan Putra Muda ini sentiasa bergerak aktif membuat persembahan sama ada memenuhi undangan majlis-majlis rasmi kerajaan ataupun majlis perkahwinan.
Kejayaan yang telah dicapai
Kelab Kompang Warisan Muda SK Melayu Raya telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Port Dickson pada 22 dan 23 Ogos yang lalu. Kejayaan ini dicapai setelah mencuba selama tiga tahun berturut-turut.
Sebagai juara, Kelab Kompang Warisan Muda SK Melayu Raya telah menerima wang tunai RM1000, piala iringan dan sijil. Menurut Encik Johari bin Marsan, jurulatih kelab kompang ini, kejayaan ini dicapai hasil dari pengorbanan semua ahli kompang, sokongan ibu bapa dan juga pihak sekolah.
Sebelum ini, kelab kompang ini juga telah berjaya menjadi johan di peringkat negeri Johor selama tiga tahun berturut-turut.
|
KEJAYAAN 2000 – 2009
|
|
|
Tahun 2000 |
- Johan Pertandingan Kompang Berirama Sekolah Rendah Peringkat Daerah Segamat Anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Labis.
|
|
Tahun 2004 |
- Johan Pertandingan Kompang Berformasi Sekolah Rendah Peringkat Daerah Segamat Sempena Karnival Seni 2004 Peringkat Daerah Segamat.
- Tempat Ke Tiga Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Negeri Johor Sempena Karnival Seni 2004 Peringkat Negeri Johor.
|
|
Tahun 2005 |
- Johan Pertandingan kompang Berformasi Peringkat Daerah Segamat Sempena Karnival Seni 2005 Peringkat Daerah Segamat.
- Tempat Ke Tiga Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Negeri Johor Sempena Karnival Seni 2005 Peringkat Negeri Johor.
|
|
Tahun 2006 |
- Johan Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Daerah Segamat Sempena Karnival Seni 2006 Peringkat Daerah Segamat.
- Johan Pertandingan kompang Berformasi Peringkat Negeri Johor Sempena Karnival 2006 Seni Peringkat Negeri Johor.
- Tempat Ke Tiga Pertandingan Kompang Berformadi Peringkat Negeri Johor Anjuran RFM dan JPNJ.
- Tempat Ke Tiga Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Kebangsaan 2006.
|
|
Tahun 2007 |
- Johan Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Daerah Segamat Sempena Karnival Seni 2007 Peringkat Daerah Segamat.
- Johan Pertandingan kompang Berformasi Peringkat Negeri Johor Sempena Karnival 2007 Seni Peringkat Negeri Johor.
- Tempat Ke Empat Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Kebangsaan.
|
|
Tahun 2008
2009 |
- Johan Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Daerah Segamat Sempena Karnival Seni Kebudayaan dan Sains Sosial 2008 Peringkat Daerah Segamat.
- Johan Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Daerah Segamat Sempena Festival Nasyid, Kompang Selawat 2008 Peringkat Daerah Segamat.
- Johan Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Negeri Johor Sempena Karnival Seni Kebudayaan dan Sains Sosial 2008 Peringkat Negeri Johor.
- Johan Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Negeri Johor Sempena Fstival Nasyid, Kompang Selawat 2008 Peringkat Negeri Johor.
- Johan Pertandingan Kompang Berformasi peringkat Kebangsaan 2008.
- Johan Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Daerah Segamat Sempena Karnival Seni Kebudayaan dan Sains Sosial 2009 Peringkat Daerah Segamat.
- Johan Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Daerah Segamat Sempena Festival Nasyid, Kompang Selawat 2009 Peringkat Daerah Segamat.
- Johan Pertandingan Kompang Berformasi Peringkat Negeri Johor Sempena Karnival Seni Kebudayaan dan Sains Sosial 2009 Peringkat Negeri Johor.
- Johan Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Negeri Johor Sempena Fstival Nasyid, Kompang Selawat 2009 Peringkat Negeri Johor.
- Tempat Ke Empat Pertandingan Kompang Berformasi peringkat Kebangsaan 2009. |

