KEJAYAAN TERKINI
filed in Berita semasa KKWM on Nov.13, 2009
Alhamdulilah..kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh Kelab Kompang Warisan Muda.Di antaranya yang terbaru adalah Top Five Kelab Terbaik Kebangsaan. Dengan kejayaan Kelab Kompang juga Sekolah Kebangsaan Melayu Raya telah menjadi Top Five Sekolah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan. Anugerah telah disampaikan di Majlis Anugerah Kokurikulum Peringkat Kebangsaan di Kuantan Pahang pada 7-9 November yang lalu.
Sebelum itu Sekolah Kebangsaan Melayu Raya telah menerima 3 anugerah di peringkat negeri iaitu, Kelab Terbaik(Kelab Kompang Warisan Muda), Guru Cemerlang Kokurikulum(En. Johari bin Marsan), Pengurusan Kokurikulum Cemerlang Kategori Luar Bandar. Tahniah kepada semua..

Leave a Reply