Majlis di Londah N9
filed in Berita semasa KKWM on Oct.27, 2009
Pada Sabtu yang lalu (24 Oktober 2009) seperti yang telah dijanjikan aku dan anak-anak kompang telah memenuhi jemputan persembahan kompang di Kampung Londah Gemas. Seperti biasalah anak-anak kompang bermain dengan penuh semangat. Habis saja bermain kami terus makan. Sambil makan, terdengar bisikan-bisikan memuji anak-anak kompang.

Seronok bergambar
Kami balik dari Gemas dengan penuh rasa kepuasan. Puas kerana dapat memberikan perkhidmatan yang mengembirakan orang lain. Selalu aku berpesan kepada anak-anak kompang, hidup ini bukan terlalu lama, alangkah baiknya kalau hidup yang sekejap cuma ini, kita dapat mengembirakan insan-insan disekeliling kita. Bagi anak-anak kompang, aku mengharapkan kalian akan sentiasa tabah mengharungi segala cabaran yang ditempuhi.

Bergambar dengan pengantin

Leave a Reply