DEBARAN RESULT UPSR…
filed in Berita semasa KKWM on Nov.13, 2008
Dah dua hari aku tak sihat…hari ini aku gagahkan juga untuk ke sekolah. Bukannya apa, hari ni keputusan UPSR akan diumumkan. Aku juga berdebar-debar menanti keputusannya. Ia lah, selain daripada nak tahu keputusan anak-anak kompang, aku juga mengajar Sains murid score A seramai 10 orang. Semalam YB Ayub dah tanya aku jangkaan keputusan hari ini, jawapan aku mudah aje sekurang-kurangnya 2 orang mendapat 5 A, 4 orang mendapat 4A dan peratus lulus keseluruhan merosot.
Sampai saja di sekolah, aku lihat bebudak Tahun 6 tetap happy macam biasa, macam tak ada apa-apa, aku pulak yang gelisah. Tiba-tiba dapat sms dari YB Ayub menyatakan hanya 1 orang sahaja yang dapat 5A. Dalam hati aku janganlah sampai subjek Sains menjadi penyebabnya. Jam 10 telah berlalu, kelibat Guru Besar masih belum kelihatan. Sedang aku berlegar-legar di bilik guru, aku ternampak Guru Besar memasuki pejabat dengan wajah yang muram. Tanpa berlengah aku terus memasuki bilik Guru Besar untuk melihat keputusan UPSR yang dibawanya. Tepat segala ramalanku. Pencapaian merosot. Aku tak peduli sangat tentang yang lain-lain. Aku nak pastikan keputusan anak-anak kompang dan juga bebudak score A.
Alhamdulilah..semua bebudak score A mendapat A dalam Sains kecuali seorang. Manakala anak-anak kompang aku berpuashati dengan pencapaiannya cuma aku terkilan dengan keputusan Haziq. Dia dapat 2A 2B 1C. Yang buat aku terkilan dia dapat Bm Pemahaman B dan BM Penulisan C. Tak taulah macamana boleh jadi macam tu. Walaubagaimanapun aku nak ucapkan tahniah kepada semua terutama anak-anak kompang. Pada hakikatnya kau orang telah melakar sejarah. Bukan senang nak jadi johan kebangsaan. Bila naik sekolah menengah belajar bersungguh-sungguh,dapatkan yang terbaik dalam PMR dan seterusnya SPM. Kita dah tepuh kesukaran dan kepayahan bersama-sama dalam kompang. Dan kita tetap akan bersama-sama melayari kehidupan yang mendatang dimasa susah dan senang.
Usaha tangga kejayaan. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Bangkitlah daripada kegagalan itu dan jadikan ianya pengajaran. Insyallah kita akan berjaya di masa depan.. DPD CIKGU JOE

November 14th, 2008 on 1:00 pm
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dan kepada yang kurang berjaya, sila usaha untuk PMR pula. Tahniah juga kepada guru-guru SKMR. “Im proud to be SKMRian”