HARI ASPIRASI CITRA BUDAYA”ISTIMEWA” 2009

December 16th, 2009

Baru-baru ini KKWPM telah membuat persembahan di Hari Aspirasi Citra Budaya “Istimewa” 2009 Peringkat Negeri Johor. Ianya satu pengalaman baru bagi kami semuanya. Kata-kata terbaik adalah kita harus bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan…

Menanti VIP hadir
Menanti VIP hadir

PB100042

KEJAYAAN TERKINI

November 13th, 2009

Alhamdulilah..kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh Kelab Kompang Warisan Muda.Di antaranya yang terbaru adalah Top Five Kelab Terbaik Kebangsaan. Dengan kejayaan Kelab Kompang juga Sekolah Kebangsaan Melayu Raya telah menjadi Top Five Sekolah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan. Anugerah telah disampaikan di Majlis Anugerah Kokurikulum Peringkat Kebangsaan di Kuantan Pahang pada 7-9 November yang lalu.

Sebelum itu Sekolah Kebangsaan Melayu Raya telah menerima 3 anugerah di peringkat negeri iaitu, Kelab Terbaik(Kelab Kompang Warisan Muda), Guru Cemerlang Kokurikulum(En. Johari bin Marsan), Pengurusan Kokurikulum Cemerlang Kategori Luar Bandar. Tahniah kepada semua..PB070141

Majlis di Londah N9

October 27th, 2009

Pada Sabtu yang lalu (24 Oktober 2009) seperti yang telah dijanjikan aku dan anak-anak kompang telah memenuhi jemputan persembahan kompang di Kampung Londah Gemas. Seperti biasalah anak-anak kompang bermain dengan penuh semangat. Habis saja bermain kami terus makan. Sambil makan, terdengar bisikan-bisikan memuji anak-anak kompang.

PA230021

Seronok bergambar

Kami balik dari Gemas dengan penuh rasa kepuasan. Puas kerana dapat memberikan perkhidmatan yang mengembirakan orang lain. Selalu aku berpesan kepada anak-anak kompang, hidup ini bukan terlalu lama, alangkah baiknya kalau hidup yang sekejap cuma ini, kita dapat mengembirakan insan-insan disekeliling kita. Bagi anak-anak kompang, aku mengharapkan kalian akan sentiasa tabah mengharungi segala cabaran yang ditempuhi.

Bergmabar dengan pengantin

Bergambar dengan pengantin

KOMPANG MERDEKA

October 15th, 2009

“…tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuh

Hari yang mulia, hari yang bahagia…”

Begitulah sebahagian lirik lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Pada tahun ini, sekali lagi KKWM diberi penghormatan untuk bersama-sama meraikan tetamu di majlis gilang-gemilang itu. Walaupun  berlangsung pada bulan Ramadhan, ia tidak menjadi penghalang kepada KKWM untuk menunjukkan semangat patriotik yang tinggi.

P8300008

Tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuh

Bukan itu sahaja, sambutan kemerdekaan pada tahun ini juga seiring dengan penularan wabak H1N1. Namun langkah-langkah keselamatan telah diambil agar semua ahli KKWM sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.

PERTANDINGAN BADMINTON KKWPM

August 20th, 2009
P6080595

semua gembira!

Asyik main kompang, sesekali nak juga bersukan. Atas permintaan

ahli kelab maka pertandingan badminton tertutup Kelab Kompang Warisan Putra Muda diadakan. Wah..bukan main semangat lagi dia orang. Tahniah kepada yang berjaya. Yang kalah tu berlatihlah lagi…

Masuk Kelab Kompang nie tak rugi. Semua aktiviti ada, tak terbatas aktiviti kebudayaan aje.